CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Gko & Kaypee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Incik Suami & Puan Isteri

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 30, 2009

Welcome to the Blogspot

Finally.. aku buat gak blogspot ni berkat hasutan kawan2 aku yg paksa aku membuat satu lagi blog baru memandang kan mereka ti dak lagi membuka frenster.. Oleh itu aku kategorikan mereka sebagai sang kacang yang melupakan kulitnya.. hahhahhah...

Buat Masa ni aku xde pape cerita yang hendak aku kongsi kan ngan korang... Sb otak aku ngah blur dan xde cite menarik yang berlaku di persekeliling aku... oleh itu sementara aku cuba untuk mengupgrade otak aku kepada otak yang lebih berkuasa tinggi korang buat lah keje memasing dulu.. jgn smpai kantoi ngan bos asyi buat blog je.. hahha

wasalam

Sunday, October 11, 2009

Friendster Blog Bulan Ogos Bukan sahaja bulan Kemerdekaan tetapi …………….. Ogos 09

Bulan kemerdekaan dan bulan Pose jatuh pd bln 8. Walupun mcm tu. Bln 8 ni gak bulan yang bermakna bagi aku dan ia juga turut menjadi bulan yang paling banyak aku ditimpa malu. Wah apa kejadahnya. Mgkin kerana Allah ingin memberikan aku kceriaan agar aku ketawa kerana telah memberikan aku banyak dugaan pd bulan2 sebelum ini yang menyebabkan air mata aku leh dibuat tasik.

Kisah bermula masa aku nak g berCAMPING kat satu tempat yang bernama BERKELAH di Pahang. Pengumpulan kami bermula di umah Pakcik Sani merangkap bpk kepada Nanim. Bertolak jam bape ntah aku pun x igt tp masa tu mmg dah agak tgh mlm gak aarr..

Mcm beserlah bila aku dah minum air sarsi aku akan menjadi seorg yg agak HYPER. Uish dalam kete aku asyik potpetpotpet. AKu x taulah masa tu BRO ok ke tak layan aku bual. HHahhahha… Setelah beberapa jam. kesan SArsi mula ilang sedikit demi sedikit dan tnpa aku sedari aku telah mula tertido.. HHahhhaha. tido nak gempak budget tido mcm atas katil kat bilik mak aku. Entah mcm ne silapnya, smpai skang aku tetap salahkan BRO memandu tidak berkhemah. Ada ke patut dia g BREAK tetiba. Apa lagi terpelanting aarr aku kat bawah. Aduhaiiii. sakitnya masa tu apa x nya. kepala aku terantuk kat tmpat pengangkut barang ngan kaki aku terkena kasut2 nadd yang mcm kat kedai kasut. huuh.. Tapi tuk cover malu aku wat2 aarr marah bro. So dorang xde aarr bahan aku. hahhaha. Gampang tul. Terus aku majuk x p BREAFAST. Eleh sebenarnya bkn aku majuk pun tp aku kene jaga perut dooo… sb mana aku nak buang kat dlm utan tu kalu perut aku magam. xnak aku korek lubang. Nsb baiklah moq and ZALI bkn seorg yg pembahan

Setibanya di tempat camping. aku sangkakan peristiwa malang yang berlaku pd aku td tidak akan berlaku lagi. Mungkin ini semua balasan dr ALLah sb ingkar ngan pesanan mak aku jgn telampau suka sgt. Aku ditugaskan tuk masak nasi. Wah seumur idup 1st time orr basuh beras guna air sungai… Kisah pahit ini bermula bila aku dengan bangganya ingin menuju ketempat masak. Mungkin gak masa tu aku berperasaan riak n bongkak kot sb berjaya basuh beras ngan air sungai so cepat je aku dpt balasan. ENtah mana silapnya masa aku nak naik ke atas. aku dengan spontannya telah kedebush tergelincir mcm durian yang gugur. Aduhaiii sakitnya. Apa lagi bertaburan aarr beras yg aku basuh td kat tanah. Celaka tul masa tu. Dah lah sakit jatuh, hati aku tmbah sakit bila BRO, NAdd n Nanim gelakkan aku mcm aku ni pelawak terkenal plak. Badigolnye kekwn. Sakitlah mentibang. AGak lebam aarrr kaki aku.. Wahhh terus aku HOME SICK oorr….. AYah.. jemputlah kakak balik skang. hahhahhaha…. NAmun peristiwa tu xkan aku lupakan dan tu pengetahuan korang. AKu mcm dah jatuh cinta kat aktiviti camping ni.

Peristiwa memalukan aku ni x benti kat sini je. Ada lagi peristiwa yang berlaku. BAi kalu ko baca blog aku ni. ko jgn nak ketawa lelebih k. AKu pelangkung ko nt. Aku g kuar lunch ngan BAI, kwn bai n mak kwn bai. MAsa ngah sesibuk borak. Tetiba mata aku terpandang pada seseorg yang mirip ngan HOD tmpat lama aku keje dulu. Nama dia kak NURUL. Tanpa pikir panjang, aku terus je ringan tgn mengakat tgn aku. kunun nak melambai pd org yg aku sangka kak Nurul. Hahhaha apa ke malang nasib aku bila org itu sebnarnya bkn kak NURUL. Seyes weh.. kalu korang tgk pun mesti korang sangka dia Kak NURUL sb gaya jln, tudng semua sama oorrr. Aku igt nak mndiamkan diri je. Tp rupanya tndakan aku td telah dilihat oleh BAI. Dengan muka selambe dia tegur aku. “ko lambai sape TAN” aku igt nak menipu je kunun2 aku lambai member aku tp sebelum smpat aku nak jwb BAI bersuara “ko igt org tu kak NURUL ke?” smbil ketawa mcm siyuttttt je. HHAhhaha. Malu doh aku masa tu…

Untuk cover malu aku balik naknya plak kakak tu pandang aku cam pelik agaknya dlm hati dia berkata “sape plak yg lambai kat aku ni, x kenal pun”. AKu pun pura2lah lambai kat org belakang kakak tu. padahal blakang dia xde sesape pun. hahhahha. nasib baik kakak tu x pndang belakang.

Hati aku tmbah bengkak bila BAI berkata yang dia pun hampir2 gak nak angkat tgn sb dia sangkakan org tu pun Kak Nurul. HHaha Rasa mcm nak lempang2 je BAI masa tu bila tgk muka dia ketawakan aku. Tp maknanya kalu bai pun leh sangka itu adalah kak NURUL apatah lagi aku yang sememgnya Rabun. HAhaha.

Kepada Nadd Nanim Bro n Zali. Korang jgn nak ketawa lelebih kalu baca kisah aku ni. sb aku pun ada gak kisah korang yang akan aku publishkan pd tontonan umum. So baik korang jaga sikit hati aku. Jgn nak ketawa lelebih k. Semoga lepas ni aku x kan lagi ditimpa pekara yang memalukan. Kalu nak jadi pun aku redho je cuma aku harap bkn berlaku dpn kawan2 aku yg perangai memasing cam cipan laut

Friendster Blog Pengangkutan Awam Julai 09

Suasana dalam train tiap2 pagi mmglah satu penyiksaan. Dah mcm SARDIN dah aku tgk. Xkisahlah train jenis apa KOMUTER, LRT, PUTRA sama je. Bila dapat TEMPAT DUDUK mmglah satu kebanggaan. Ibarat macam dapat minum air SLURPEE di musim KEMARAU. Pagi tu mmg rezeki aku agaknya mungkin perangai aku yang tetiba baik membuat AIR TEH untuk minuman keluarga aku maka ALLAH telah memberikan aku balasan yang baik. AKhirnya aku dikurniaan satu tmpat duduk setelah 3 stesen (orr tu x masuk lagi stesen STAR yg aku naik dr CEMPAKA seblum naik PUTRA ke Kelana Jaya.

Akibat tidak tahan menanggung mengantuk krn x lena tido gara2 NAIM buat hal mlm td aku pun terlelap seketika. Bila je aku terbgun aku terlihat seorang lelaki Buta yang berdiri dpn mata aku. Wahhh aku x tau brapa lama agaknya dia dah naik train tu. SUMPAH doh aku bukannya berpura2 tido mcm iklan ADLIN AMAN RAMLI tu. Bila aku tgk agak banyak MATA yang memandang aku dengan segan silu aku bangun dengan berat hati untuk memberikan tmpat aku kat lelaki tu. Tapi perlawaan aku ditolak ngan baik sb dia kata dia nak turun kat stesen dpn tu. X dapat aku nak bayangkan apa agaknya pikiran org2 kat sekeliling aku. SB aku selalu gak berpikir mcm tu bila nmpak situasi yg sama berlaku di depan mata. Antara kata dlm pikiran aku

1. Kuang ajar gak bdk ni xnak kasi org buta ni duduk

2. Eleh budak ni pura2 tido aarrr tu…

Wahai pembaca blog ini sekali lagi ingin aku tekan kan bahawa aku betul2 tertido td. HAhhahhah

Sampai je kat kat KJ aku kene naik bas plak. huhuuuh haru biru tul masih nak naik bas. Selagi lg aku kene jd SARDIN. Entah knpa aku mula teringatkan kenangan silam aku bersama Moque, Nadd, NAnim, Mimi, ngan Sue masa zaman kami kene hantar kat TMS tahun 2007 tuk projek SMS. Mungkin gara2 aku terigat kisah kepok lekor dlm train smpai tbwk kedlm bas. Dan di pendekkan cite. Akibat terlalu teringatkan zaman poya2 tu aku dengan tidak sengaja telah tersalah turun stesen. Kali ni aku betul dikembalikan pada zaman kenangan tu. hahhah sb aku g turun kat KELANA SQUARE opis lama TMS dulu. Haram jadah tu.

Aduhai tuk ke opis baru ni aku tpaksa menapak sejauh 15 minit kot. Aku xda hal pun nak menapak tp disebabkan beg aku yang berat dia mcm seketul gading gajah tu yang meyiksa badan aku.

Kemudian utk menghilangkan rasa bosan aku berjalan sorang2 (busanlah sgt padahal cuak sb bangla ramai) tpksa aku mghubungi kekwn aku. Namun mcm beserlah harap pagar tp pagar makan padi, kwn2 aku tu bukan nak menyeport aku untuk lebih berani berjalan dihadpan bangla2 tu tp sebaliknya membahan aku idup2. Kepada kwn aku tu tahniah aku ucapkan. Sb berjaya mcari bahan untuk membahan aku.

Moral of this story berhati2 ketika menaiki pengangkutan awam

Friendster Blog Kenapa Manusia Jadi Jahat June 09

Nothing in this world is real. Semuanya penuh lakonan. Semuanya penuh drama. Kalau korang rasa menyampah tengok drama, benci tengok perempuan tergedik2, heran tengok kenapa orang yang baik selalu ditindas dengan, maka menyampahlah korang gak dengan hidup ini!!

Orang selalu nak jadi baik. Yelah, sapa nak jadi setan plak kan. Tapi, aku dah faham kenapa manusia jadi jahat. Dulu aku tak percaya keadaan boleh memaksa manusia berubah. Aku kata manusia itu sendiri
nafsu besar‘.
Tapi sekarang aku faham kenapa manusia memberontak. Benci dengan penindasan di depan mata. Marah dengan penghinaan orang sekeliling.Aku dah penat bertahan. Kenapa aku bertahan??
Aku dah penat sendiri. Kenapa aku sendiri??
wAH. jahat ke aku bila aku dah pandai SOUND org yg cuba merampas hak AKU. Xpenah aku buat mcm ni. rupanya bila dah buat mcm ni mnjadi satu kepuasan dlm diri aku. patutlah org selalu kata jadi jahat ni xde sapa berani TINDAS.
Macam mana plak ngan kawan2 yang makan kawan. itu kategori orang jahat ke org baik. x sangka aku rupanya manusia yang aku sangka kawan leh khianat diri aku. kawan ke tu. entahlah.
kunun-kunun penasihat masa aku dalam masalah tapi rupanya penasihat dlam punca segala masalah. jangan smpai aku buka pekong didada. masa tu baru ko tau orang pompuan ni jahat ke tidak.
sekali sekala seronok gak jadi jahat.
namun apa pun aku tetap aku. cuma jangan smpai aku membenci.

Friendster Blog "Minggu Lupa sedunia" June 09

Pelupa. Adakah boleh digolongkan dalam penyakit yang bernama NYANYUK. Wahhh xnak aarr. X sanggup rasanya aku ditimpa penyakit itu…

Tapi x pe. Korang baca dulu kisah yg berlaku dlm idup aku sepanjang minggu lepas. Kemudia korang nilailah sama ada aku mengidap penyakit separa berbahaya itu atau pun tidak.

Kisah lupa pertama.

Aku teringin sangat untuk memberikan sms pada seseorang. Namun aku telah menghantar sms tersebut pada no dia yang dah lama tidak dia gunakan. Agaknya adalah dalam setahun no tu dah x aktif lagi. Wahhahah. Isi kandungan tu x payah aarr aku citekan. Nt aku akan dibahan seumur idup oleh sepupu2 aku yg mmg menunggu peluang tuk membahan aku. Yelah mmg sejak dulu lagi aku tergolong dalam senarai antara sepupu yang agak kasar (sila rujuk kisah blog sebelum ini) wahhahahha . Korang msti nak taukan apa yg terjadi lepas tu. X lama lepas tu aku mndapat pangilan telepon dr seseorang perempuan. Dia tnya ngan aku. Nape sms ayat2 mcm tu kat suami dia. Whahahha. Cuak doh aku sb mana aku tau no tu ada org lain yang pakai. Aku leh dapat bayangkan agaknya msti pompuan serang suami dia ngan periuk. Wahaha.. Kakak sy mtak ampun. Sy xde skandal pun ngan suami akak. Cuma salah paham. Setelah aku terangkan apa yg patut diterang. Maka oklah kakak tu. Tapi lepas je peristiwa tu. Suami dia asyik sms aku. wahh. mmg tak aarr aku layan. Nak mampos. tu penyakit namanya. Aku rasa mmg patut aarrr kalu kakak tu meragui suami dia. Sb suami dia seorang yg pengGATAL. hahhaha sebenarnya kisah ni xde kene mengena pun ngan tajuk blog aku kali ni. kira ni anggap jelah aku terlupa tajuk blog kali ni. wakakka. dodol tul. aku pun lupa nak paham diri aku ni

Kisah Pelupa 2.

Wahh aku x bawak duit g keje. Ni semua gara2 aku kemas wallet aku yang bersepah tu sampaikan aku terlupa nak masukan balik. Disebabkan aku g keje guna pass, so mmglah aku x pasan sama ada duit tu wujud ke tak dlm wallet aku. Semuanya bermula bila aku smpai ke destinasi yg seterusnya dimana aku harus mengambil bas yang tmbangnya seringgit. Korek punya korek aku hanya ada 80c je. Wahh dugaan yang allah berikan masa tu hampir membuatkan aku nak nagis seh. xkan aku nak jalan kaki plak. Mampos lah urat saraf aku. Mau kene penyakit tibi aku nt bila aku smpai. Dugaan makin mencabar bila aku tdk mpunyai kredit. Kalu ikutkan hati aku yang sedang menderita tu. nak je aku dduk kat tepi tangga sambil tadah tangan ngan harapan adalah manusia yang memberikan sedekah untuk mendapatkan 20c. Namun x mungkin kot. sb ngan penampilan aku mesti org yang lalu lalang tu kata aku gila. Wahhh selama ini aku x heran pun ngan 20c. Namun setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Tq bebanyak aku ucapkan pd redz yang sudi mengeshare kreditnya tnpa berfikir panjang. Nt aku bayar erk kat ko 5.50c. Wahhahhah. Kesempatan tu aku gunakan tuk try call nadd dan mtak dia mnjemput aku. wahhahahha. nasib tepon nadd masih berfungsi. Dan sepanjang ari tu gak aarr nadd menjadi sponsorship tuk aku. Namun Nadd dan Redz aku berjanji tidak akan lupa untuk membayar hutang kalian berdua.

Kisah Pelupa 3

Ni kisah paling ngeri untuk aku ceritakan. Namun aku gunakan gak kekuatan yang aku ada untuk menulis kisah ini. Semoga dengan tersebarnya kisah ini. Mereka2 yang terlibat dapat memafkan aku. Aduhai. aku betul2 terlupa akan kenduri rumah pakcik aku. Kepada semua sedara mara. Harap korang paham sangat2. Kesibukan yang melanda diri owang (ni yang aku gelarkan diri aku bila bersama family) ni yang menyebabkan ini semua berlaku. Semasa korang semua sedang bergumbira bersama2. Owang masih lagi di kantor dingin mencari rezeki. Huuuuuh. Ampun papa. Owang betul2 x sengaja. dan yang paling ngeri sekali owang terlupa nak bg tau ibu n ayah. aduhai. Kepada semua sedara mara. Kalu korang xnak owang makin jauh dlam idup korang ada caranya. Apa kata korang kumpul duit bramai2 tiap bulan bg kat owang. So owang x yah g keje lagi. leh aarr kita sentiasa bersama sentiasa. hahhahha. Seyes orrr…. disebabkan dah lama sngat x jumpa aku dah konpius anak2 sepupu tu anak sepupu yg mana satu… hahha… Uisk dah makin tenat penyakit lupa ni.


Friendster Blog "Hari raya tak kira tahun. tetap huru raya" 0ct 08

Hari ni raya yang ke 13 dan tahun kedua kami beraya tanpa NENEK belah mak aku ngan PAKLONG belah bapak aku.Arwah nenek aku adalah nenek yang paling terbaik sekali yang pernah aku jumpa seumur idup aku. Memang beruntung makcik dan pakcik aku yang dapat mertua mcm nenek aku. Apatah lagi kami cucu2 dia. Ingat lagi beberapa minggu sebelum nenek meninggal.Arwah leh mintak nak makan Meggi. Padahal seumur idup dia x pernah pun dia sentuh benda tu. Katanya makanan utk mngundang penyakit. Ahhahha.Sempoi je. Rindu sangat kat arwah nenek , Arwah paklong aku tu riuh orangnya. Tiap kali kalu ada majlis majlis dialah yang paling bertungkus – lumus membuatkan orang pening. Huru raya jadinya. Paklong aku meninggal akibat kemalangan jalanraya di Jalan Semarak masa dia on the way nak balik dr solat jumaat. Kalu orang yang melanggar arwah paklong aku ni baca blog aku. Just aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA.Walaupun Paklong aku tu cuma seorang buruh kasar, rupanya di pejabat dia begitu di sayangi oleh opis mate dia. Aku tak sangka Pengarah Jabatan Ukur tu sendiri boleh tgk paklong aku masa dia tenat kat spital. Masa tu aku rasa mcm nak je tnya ada x keje kosong kat situ. Huhuhuu. Biadap gak aku ni. Apapun aku sedekah Al – Fatihah buat arwah. berdua.

Sebenarnya aku nak cite pasal family aku menyambut raya tahun.. Raya tahun ni aku kecewa skit. Sebab aku x jumpa sepupu jauh aku masa kat kampung.

Kahkahkaah. Masa kecik2 bdk tu suka aku.. tapi aku x suka dia sebab perangai dia jahat mak datuk. Memang leh bunuh diri kalu berkawan ngan dia. Tapi ngan aku dia baik doh. Ingat lagi masa pg umah dia beraya tahun bila ntah aku pun x ingat. Dia tgh main game pastu adik aku nak main gak dia xkasi. Tapi dialog dia yang paling aku masih ingt iyelah ‘ KALU INTAN NAK MAIN GAME BOLEH’ Uisk!!!! X hingin aku nak kawan ngan bdk jahat.Tapi bila dah besar plak, mak aii punyalah ensem.terasa menyesal pun ada. Kah kahkah. Sejak kami meningkat sekolah menengah kami dah mula x bertegur sapa. Malu2 lah kunun tu. Uisk kalu dia tegur aku dulu ofcoz aarr aku bg aku respon. hahahhah. Nasib baik atuk aku xde frenster, kalu x pengsan dia bila baca blog cucu dia ni. Sory atuk, tu semua cinta monyet, Kahkahkhakhakh. Atuk dulu pun mesti mcm tu gak kan. Selamat Hari Raya Tuk, Maafkan cucu atuk ni dunia akhirat ye.

Perangai adik2 sepupu aku plak lg aarr x leh blah. Mungkin bkn salah mereka gak sebab dilahirkan di tengah2 bandar KG baru yang penuh dengan kes2 penculikan, So mereka tidak dibenarkan untuk keluar rumah, pergi sekolah pun naik van. Xde life doh bdk2 tu. main pun dlm umah. Sb tu bila kat sekolah jadi penakut kat umah plak jd SAMSENG. Dan dijadikan cerita, Kami pergi beraya di umah nenek saudara kami di Ulu Langat. Kawasan tu kira kawasan kampung dan tanah pun luas. Mestilah ada ayam kan. Paling aku x leh blah bila bdk2 tu leh pergi kejar ayam mcm org x prnah nmpak ayam. Tapi bila fikir2 pun kat kg baru tu mana ada ayam yang mereka nak kejar. Kalu ada pun ayam aku ingat masa aku kecik2 dulu. Tu pun ada gak yang kene patuk ayam.

Aku punyalah ketawa besar bila tgk gelagat adik2 sepupu aku tu. Pastu mak aku pun mula lah buka cerita. perkara ni mak aku x sure terjadi pada aku atau adik aku, sebab dah lama sangat. Masa aku ngan adik aku yg no 2 tu kecik bapak aku selalu bwak kami pg ZOO. Dari situlah kami mengenali haiwan2 yang ada. Nak dijadikan cerita, masa bapak aku bwk kami pergi umah atu sedara kami di Kampung, Salah seorang dari kami pegi naik atas Kambing yang kami sangkakn Kuda. Tapi aku rasa x mungkin tu aku. Adik aku kot. Sebab aku x mungkinlah sebegitu jakun.

Dirumah yang sama di ulu langat tu pun aku ada satu kisah lucu yang hendak di kongsi. Masa aku kecik2 smpailah sekarang aku ada seorang sepupu perempuan yang kamcing ngan aku. Entahlah ape silapnya masa kecik2 kami ni xde langsung berjiwa kewanitaan Hendak di jadikan kisah, masa dirumah tu, Kami nak solat, Mestilah masa amik air solat tu kami buka tudung, Dan nmpk aarr keganasan kami dengan rambut yg pendek paras2 telinga. Masa tengah menunggu turn untuk solat, tetiba Arwah atuk sedara tu suruh aku dengan sepupu aku ni g solat kat bilik depan. Wah bangganya kami bila dapat layanan istimewa.. Atuk tu tunjukkkan sejadah dan yang paling x boleh blah. Kami diberikan juga songkok. Aduiii, masa tu perut kami dah nak terburai tapi paling x leh blah bila atuk tu kata ‘OHH BETINO, atuk ingat Jantan’, Ape lagi memang huru hara aarrr. Smpai skang kami berdua dijadikan bahan bila pergi kerumah tu lagi. Wahai2 sepupu yang ada kat tempat kejadian. Udah2 lah bahan kami lagi. Kami dah berubah, dah tau pun nak guna eyewshadow ngan blusher. Rambut pun dah leh wat tocang.

Bercerita pulak pasal sepupu @ kwn baik aku ni. Ape ke malangnya nasib dia bila beberapa ari nak raya dia Xcident. Masa tu aku tgh tido. Dan aku paling liat sekali nak bgun. Bila bapak aku kejutkan aku kata sepupu aku tu Xcident. Aku punya melompat dr katil. Berdoa sangat2 agar sepupu aku tu de ape2. Bila aku pg umah dia. Nasib baik xde ape, dagu dia berjahit. Tapi dalam sakit2 tu mulut dia x reti diam.Agaknya tu punca rahang dia lari dari landasan.

Ternyata sepupu aku yg sorang ni masih lagi dengan sikap dia yang lama. Udah2 lah tu, berubah aarr cepat. Kita kan dah jd gadis, x mcm dulu.

Untuk pengetahuan pembaca blog ni. besday kami adalah pada hari kami berjumpa keluarga. So bermakna kalu dlm sebulan ada 8 kali perjumpaan keluarga bermakna 8 kali tu aarr besday kami. Sebab mmg dr kecik asal time besday je Kami mesti dapat duit besday dr pakcik aku tu. Hahahha. Tapi malangnya pakcik aku tu dah bersara. Tapi yang paling kami x boleh blah. Perangai kami telah diwarisi oleh adik2 sepupu kami. So lepas ni kami plak yang pening. hhuuhu. Mcm ni aarr agaknya PAPA rasa dulukan. HAHHAHAHAH.

Adik sepupu aku yang tgh baca blog ni. Awk jgn igt awak dah kawen awk leh terlepas dr nak bg owang duit raya apa pun Selamat Pengantin Baru dan kepada adik ipar sepupu baru owang tu plak… welcome to the club dan kepada adik sepupu yang kunun2 nya lum keje lagi tu. Ok xpe owang tg awak keje. Lmbt atau cepat org tetap tg. Percayalah

Friendster Blog "Kesan kenaikan harga Minyak" june 07

Huhuhuuh. bila harga minyak dah naik.. Ape lah nak buat ni (hehehhe mcm aku ada kete je). So terpaksalah kita berjalan kaki untuk berjimat. Tapi kalu jalan kaki pun ada gak masalah… So mcm no.. duduk umah jelah jawabnya.

Geram je hati aku ni bila tgk lebam kat lutut. Ni semua gara2 ada pakcik tua yang suka2 hati dia je nak langgar aku. Kalu langgar aku ngan basikal mungkin aku leh terima tapi ada ke patut aku yang besar ni dia leh langgar ngan motor honda yang serupa ngan motor atuk aku kat kg yang di gunakan untuk pg menoreh. huhuu kalu fikirkan2 baik gak dia langgar aku ngan motor, dari dia langgar aku ngan lori.. huhuhuh.

Pakcik ni. aku x taulah mcm ne dia leh dapat lesen. Nak kata aku yg jalan bersepah, tak jugak, sebab jalan tu jalan selari.Suka hati je pakcik tu masuk jalan yang salah. Aku rasa pakcik tu masa muda2 dulu adalah seorang rempit.

Bila memandangkan muka pakcik tu yang serbasalah aku jadi kecian. tapi tak taulah mungkin dia ada baca doa pelembut hati kot kat aku. Yelah. aku mana ada pengalaman kene langgar, so manalah aku tau kene mintak pampasan ke apa. So dengan berat hati aku maafkan pakcik tu. lagipun aku tak luka apa. So aku redho jelah. Aku pandang kiri kanan dengan harapan ada member2 opis aku yang lalu. walaupun aku tau tak mungkin ada sebab jam dah menunjukkan jam 9.00. Nilah padahnya kalu keluar sesuka hati time keje.. HUUuuhuh. Saya janji x buat lagi bos.

Sedih doh hati aku ni, benda ni terjadi bila dia xde. So dengan muka yang dalam kesakitan aku jalan kaki balik opis. Kunun2 macholah. Sampai kat opis terus aku sms dia. Bila je dia kol… huhhu terus airmata aku meleleh, hahhahha. kuntum gak aku ni. tapi betul arrr kalu korang kat tempat aku mesti korang tau mcm ne rasa sakitnya. Nak mengadu kat bos, nanti kantoi plak kuar opis time keje. Tapi kalu difikirkan balik aku bkn keluar g berpoya-poya. Aku g bank je. Takkan tu pun salah kot.

Kepada pakcik yang langgar aku tu, aku just nak bg tau yang aku maafkan dia dunia akhirat. Semoga perkara yang terjadi tu membuatkan satu pengajaran pada pakcik. Ingat insan yang tersayang ketika memandu. Pakcik patut bersyukur sebab langgar saya yang baik ni. Dan kepada pembaca blog ini ingatlah pesanan aku. ketika melintas jalan pandanglah kiri dan kanan walaupun jalan tu ONE WAY.

Friendster "Blog The Brown Kebaya" Sept 07

AAAAAlllllllllooooooooooooooo…
Lama tul aku x update blog ni…. Bosan oorrr.. dah lah x de idea nak
taip.. dari aku taip blog ni baik aku taip je sms nak bg kat bapak
aku… hehheheh yeye je aku sms bpk aku…. bg kwn serumah aku tu paham
jelahkan… hanya dorang je yg tau.. korang semua nak tau x nape aku
letak title the brown kebaya’
Utk pengetahuan korang semua.. wat kali pertama aku pakai baju kebaya
ooorr… mmg x leh blah tul.. ni semua gara2 aku telah direpair dan di
format oleh nanim ngan nadd. Thanks korang.. kalu x sebab korang repair
and servis otak aku ni agaknya sampi skarang aku x tau mcm ne nak pakai
blusher.. silap2 aku pakai kat mata agaknya..
Berbalik kpada tajuk cerita td… Smlm 1sept salah seorg member yg aku
anggap dah mcm kakak aku kawen.. hehehhehhe dengan penuh sopannya aku
telah berbaju kebaya.. demi utk kau MIMi… Tp disamping tu adalah
salah satu dari permintaan DIA hehehheheh Awk saya dah tunaikan permintaan awk.. mcm ne plak ngan permintaan saya nak kete satria wane kuning….
Korang nak tau x mcm ne rupanya gaya aku pakai baju kebaya tu dah mcm
superman yg pakai baju ultraman.. keras je badan aku.. mcm ada kayu je
kat belakang aku.. tp nasib baik bdk2 ni x ketawakan aku….. paling x
leh blah siap mtak tlg nanim tunjuk ajarkan cara nak dduk.. mcm hampas
tul rasanya….
Sepanjang dlm perjalan dlm kete aku ddk diam je oorr
sb x leh gerak langsung. Ko bernasib baik meK. kalu x mesti ko x tenang
bwk kete sb dengar aku nyanyi je..terasa mcm aku ni sardin yg duduk dlm
tin yg kecik… susah oor nak bernafas.. padahal baju tu bkn ketat
pun.. maklumlah pengalaman pertama aku…sampi je umah pengantin aku
lah manusia yg paling lega sekali dlm kete tu… tapi aku sangka
penderitaan aku sampi kat situ je… alah seksanya time nak mkn. wat
pertama kali aku g umah org kawen aku makan sikit je.. sedih tul aku..
dlam hati sumpah serana kat baju kebaya bodoh ni…. tp saje je wat
muka kontrol cun lagi2 aarr abg camera men nmpk mcm encem je… tp
malangnya kami dah reserve utk nadd… ( bertuah ko dpt kwn mcm kami oor nadd)
Alah masa nak dduk dpn pelamin… nasib baik ada mau.. dia yg tlg
cover kan baju aku.. kalu x dah tentu pandangan tidak tertumpu pada
pengantin..hehehhehe.. tankslah mau.. i love you…
Cube korang bayangkan bila dah pakai mcm tu tiba2 sakit perut plak… x
ke seksa aku dibuatnya.. ape lagi membebel jelah mulut aku mengomel..
elok aku slalu g tanda 5 mint je kan dah jadi 15 minit. cian nadd
tunggu aku kat luar bilik tu.

TP MCM NE PUN AKHIRNYA AKU LEH TRIMA
GAK BAJU KEBAYA NI N AKU BERJANJI AKAN PAKAI LAGI BAJU NI.. HEHHEHEHHE
Thanks NADD, NAnim sebab dah tukar KAYPEE kepada FARAHANA..
muaahhhhhhhhh love u all..
P1010296_5