CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Gko & Kaypee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Incik Suami & Puan Isteri

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 26, 2012

Tahun ke 6


   Hari ni genap 6 tahun perkenalan aku dan juga suami.  Tempat pertama yang kami jumpa di Manikar Beach Resort, Labuan.  Masa tu kami sama-sama menjadi facilitator di Cyberkids Camp.  Betullah kata orang, jangan mengejek atau membenci seseorang kelak nanti kita akan jatuh cinta ngan dia.. hahhahha. Padan muka aku. Sebelum bertolak ke Labuan, sebagai admin aku bertanggungjawab untuk membuat nametag bagi peserta dan juga fc.  Melihat senarai  nama yang diberikan oleh lead faci aku time tu, hanya nama incik suami je yg pelik, pe lagi mmg jadi bahan arr ngan aku. Sb masa tu aku mmg x penah pun jumpa dia memandangkan dia adalah faci part time yang hanya akan join kem di Sabah sahaja..

   Incik suami cakap kali pertama dia nampak aku masa tu kat tangga hotel, aku ngah bawak  beg nak masuk bilik. Tapikan sumpah aku mmg x berapa ingat time tu :-p. Yang aku ingat kali pertama aku perasan dia masa dalam kelas time nak deco.  Tp time tu x de feeling apa2 pun. 

   Kita menjadi semakin rapat sepanjang  berada kat Labuan, tp tanpa ada apa2 perasaan pun, time tu pun dia ada awek apa. Ada je alasan dia nak datang kat meja aku. Nak pinjam pen lah, pinjam pisaulah.  Sampai laptop aku pun dia nak pinjam padahal bersepah2 PC yang dia boleh guna kat dalam kelas tu. 

   Setahun  menjalinkan percintaan PLATONIK (klik link ni kalu nak tau apa makna cinta platonik), kami mula sedar yang kami sebenarnya mempunyai perasaan antara satu sama lain. Tp aku takut untuk menerimanya sb aku sendiri x pasti status hubungan dia dan awek.  Ye arr biasa arr kan, bila nak cari lain, mula lah timbul berbagai alasan. Time tu dia kata dia mmg dah lama ada problem ngan awek dia dan dia sendiri tak tau apa status dia memandangkan senyap mcm tu je.  Tp setelah di konpemkan sendiri oleh mak dia yang awek lama dia mmg  dah bertunang senyap2 dan aku bukanlah perampas kerana perkara ni dah terjadi sebelum aku wujud lagi. Aku mula menerima dia.

  2 tahun mengenali hati budi masing2 kami memulakan satu langkah dengan mengambil keputusan untuk bertunang. Namun, dugaan bertunang tu sangat kuat. Kami hampir rebah dan jatuh tersungkur namun disebabkan aku adalah tulang rusuk suamiku maka jodoh kami kuat.

   Bulan madu kami juga di Labuan. Pada mulanya kami merancang untuk kembali ke Manikar. Tetapi atas sebab2  yang tidal dapat di elakkan kami  tpaksa tukar ke hotel lain. Lautan di Labuan itu juga lah kami mencampakkan cincin tanda persahabatan  yang telah aku beri masa hari terakhir aku di Labuan semasa Cyberkids camp dahulu. Kerana kami pernah berjanji sekiranya persahabatan antara kami terputus cincin tu harus dipulangkan semula kepada aku, tetapi siapa sangka persahabatan kami membawa kearah perkahwinan  oleh itu kami membuat keputusan untuk membuangkan cincin tersebut

   Sepanjang 6 tahun kami mengenali antara satu sama lain, bermacam bentuk dugaan yang kami terima, ada yg kecik yang besar pun ada. Insyaallah kami akan berusaha untuk menghadapi semua itu bersama. Semoga jodoh antara kita kekal sehingga selamanya. 




Monday, June 25, 2012

Bila lagi nak?

    Kenduri kendara, jamuan, apa2 jelah yang melibatkan pertemuan ngan berbagai manusia ni mmg seronok. Yelah tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Tp bila berada di kelompok ngan manusia yang x paham bahasa ooo maybe gak dia rasa dia dah ckup sempurna buatkan ada segelintir org yg cukup malas nak attend prjumpaan2 mcm ni.
   Mungkin bagi mereka itu adalah mengambil berat. tp penah x korang ni terpikir yang soalan2 korang tu kekadang membuatkan org yg ditnya tu sedih ke, marah ke. Kalu sekadar sekali je bertnya x pe... ni tiap kali berjumpa atau terjumpa mesti nak tnya soalan yang sama. Kalu dah sehari tu 5 x terjumpa maknanya 5x lah soalan yang sama tu keluar. "BILA LAGI..... BILA LAGI .... dan BILA LAGI " Mmg nak kene mintak penamparlah kan.
   Aku cukup meluat dgn org2 yang mcm ni. Jgn nak trasalah weh bila jwpan bg soalan kurang cerdik korang tu djwb dgn ayat2 yg agak kasar. Pandai lak trasa bila jd mcm tu. yg korang sebelum bertanya tu ada pikir pasal perasaan org yang ditnya.
   Kepada org2 yang masih belum mampu memberikan jwpan kepada soalan2 mcm tu. bersabarlah mmg lumrah alam mcm tu. Kadang2 aku pun mcm tu gak. Cuma igtlah sikit bila satu hari nt korang dah ada jwpan bg soalan tu. jgnlah lupa diri plak akan perasaan korang tu.
   Sb penah terjadi dalam kehidupan ini, dimana ada seorang yg aku sangat kenal, selalu sgt bersedih bila ditujukan soalan2 yg bermcm2. Tetapi setelah dikurniakan rezeki yang sgt diimpikan. Dia terus lupa diri. Terus jd sama mcm org2 yg dia myampah sebelum ni. Kalu dulu dia ckup menyampah dengan soalan 'KAU BILA LAGI?" tp kini soalan tu jugak yg dituju pada kwn2 yg senasib dgnnya dulu. Itulah dia ragam manusia yang x mampu kita nak elak lagi. Apa yang mampu dibuat bersabar, berdoa dan berusahalah.


Thursday, June 21, 2012

Hanya AKu Cinta Kau Seorang

  Giler sangat bosan ari ni, incik suami plak xde. Dia ada event kat RTM. So memandangkan aku kene balik sendiri dan tentu2 bila smpai umah nt aku duk sorang je, tetiba timbul lah plan nak p tgk wayang ngan opis mate aku. Kami sebulat suara nak tgk cerita 'Hanya AKu Cinta Kau Seorang'.

Nilah dinamakan bajet je lebih smpai letak gmbr sendiri

   Cerita ni mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. 
 
   Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL.
 
   Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. 
 
   Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.

   Kepada sesiapa yang sekarang ni sedang dalam perhubungan CINTA PLATONIK apa kata korang p tgk cerita ni. Konpem punya korang akan tersengih2 bila tgk cerita ni. Hahhahhahhahahh




Friday, June 1, 2012

Pokok Halau Nyamuk

  Penah dgr x pasal pokok halau nyamuk..Td masa ngah chat ngan sorang kwn aku.. dia bg tau  yg dia dah beli pokok halau nyamuk. Pelik lah aku dgr nama pokok tu. Ada pulak pokok yg pandai halau2 nyamuk ni rupanya.. mula2 tu aku igt sejenis pokok yang asal ada nyamuk dtg je dia pun kibas2 kan daun dia tuk halau nyamuk tu... hahhahhaha dasar pemikiran org x bertamadun aku ni.. Oleh itu, sb kan minggu ni aku sangat lah so free.. aku pun google lah apa itu sebenarnya pkok halau nyamuk ni....

  Oooo rupanya mmg wujud lah pokok ni.. Nama pokok ni POKOK JEREMIN tp org2 yang berjiwa saintis lebih senang memanggilnya PELARGONIUM RADULA ( itu pun kalu nak tau arr). Sebenarnya pokok ni sekadar pokok hiasan je tetapi di sebabkan ia mengeluarkan bau yg kuat sebijik mcm bau aerosol penyembur serangga bila disentuh, sb tulah nyamuk x suka kat pokok ni... Ler mcm tu ke.. maknanya imaginasi aku td tu salah arr kan.. hahhahha still gak nak tegakkan benang yg basah... teruk2 perangai aku ni kan

  Erkk......kalu x silap aku kat umah arwah nenek aku mcm ada je pokok ni.. tu kalu x silaplah... tp rasanya still ada gak nyamuk kat umah nenek aku tu... bila dipikir2 balik aku rasa aku tau nape nyamuk still wujud kat umah tu.. sebabnya, belum sempat lah pokok ni nak menjalankan tugasnya aku ngan sepupu2 aku yg time tu masih cetik akal pikiran dah p petik daun2 ni tuk jd kan bahan masakan bila kita org main masak2.Kira bajet konon2 tu pucuk pakulah..... Isk rasa mcm menyesal lak.. kalu x mesti smpai skang xde kesan2 parut nyamuk kat kaki aku ni...

  Oleh itu, sesiapa yang rumah dia sering di ganggu2 mahluk Allah yang kecik ni, apa kata try tanam pokok ni. Alah p je kedai ckp ngan apek tu pokok halau nyamuk.. tau arr dia pokok pe. Aku buat masa ni mmg xde niat pun nak tanam lagi sb umah aku konpem2 aarrr nyamuk malas nak pegi... tinggi tu, wat ilang tenaga terbang tinggi.. hahhahha..

  Ni lah rupanya pokok halau nyamuk tu kalu nak tau.....Manalah tau kot2 sebenarnya mmg dah ada pokok ni kat umah tp x tau apa fungsi dia je...