CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Gko & Kaypee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Incik Suami & Puan Isteri

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 30, 2013

Disaat Aku menerima nikahnya..

Hari ini datang kembali
Disaat aku menjadi tanggungjawabmu
Tanpa kita dapat merasainya
3 tahun berlalu begitu cepat

Terima Kasih Allah
Atas kurniaan yang kau berikan
Abadikan dia didalam hati ku
Kekalkan cintaku didalam cintanya

Kita pernah saling melukai
Kita pernah saling mengkhianati
Ya Allah ku bermohon padamu
Agar kesakitan itu tidak lagi dirasai

Kerana ikatan kita kuat
Jodoh tetap milik kita
Sepiku tidak lagi wujud
Sengsara tidak lagi muncul

Tiada sebaik baik bahasa yang mampu aku ungkapkan
Untuk mengatakan cintaku adalah kamu
Jaminan ku tidak akan berubah arah
Sehingga Allah menentukan segalanya

Selamat Ulang Tahun Wahai Suamiku.. Cintaku.. Nyawaku.. Imamku




Friday, October 11, 2013

Adakah dia untuk kami



Sesuatu yg bukan milik kita
Adakah ditentukan akan terus bukan milik kita
Oh Tuhan
Aku pasrah dalam menempuhi dugaan yang memang engkau tuliskan untuk ku
Sejauh mana arah tujunya
Sekuat mana teguh jiwaku
Peritnya hati bila dia pergi jauh
Sepi, sakit kecewa aku
Semunya menjadi simpulan hati ini
Tidak sekali aku kesali
Atas kasih dan sayang yang aku curahkan

Monday, September 16, 2013

16 September 2013

Semperna hari jadi aku hari ini, aku mengistiharkan cuti umum kepada semua rakyat jelata yang amat aku kasihi (bajet je ayat)... Ini kali ke dua aku menyambut hari jadi sebagai isteri kepada Syiful Faiyzal. Gembira sangat kerana dia sedaya upaya berusaha untuk membuatkan hari ni hari yang special buat aku. Thanks kanda atas semua tu.. tp rasanya manusia yg paling seronok hari ni adalah Naim. Sb apa yg dia nak semua termakbul macamlah hari ni besday dia... Siap x bagi aku potong kek sb dia sendiri yg nak potong sorang2. Besday dia katanya...

Hadiah dari kanda, isi kandungan tak boleh tunjuk nt org kata riak pulak. Maklumlah tak semua suka apa yg kita buat :-p

Sehari sebelum besday, kami pergi Desa Water park. Plan sebenarnya nak bercuti tp kanda tiba2 terpaksa batalkan cuti dia sb ada kerja penting yg dia kene uruskan.. tp apa pun kitaorg happy je.. erkk rasanya Naim kot yg paling happy


Kanda bwk p Little Pantry kat IOI Mall.. Naim order chicken chop


Lamb shank dia sgt sedap

Tuk acara potong kek pulak, kanda bwk p Bagan Lalang mkn seafood. Time nilah yg aku kata td Naim x bagi aku potong kek. 


Aku sangat happy hari ni, tak lupa juga jutaan terima kasih kepada mereka yang wish dan mendoakan untuk aku dan Selamat Hari Malaysia. 


Tuesday, September 10, 2013

No caption


Monday, August 26, 2013

Mereka dan dunia mereka

























14 tahun lalu


Friday, August 9, 2013

Hari Raya 2013










Sunday, February 17, 2013

Naim oo Naim

  Selama tahun baru Cina kepada smua. Seperti tahun lepas kita org akan disuruh ambil cuti seminggu. Mula2 tu bengang gak sb kene force leave tp bila pikir2 balik bagus gak boleh aku luangkan masa with my family.. Tp xdelah smua family pun sb incik suami seperti biasa mmg takkan cuti punya.. Elehh apa nak heran kalu raya sendiri pun kene kerja apatah lagi raya org lain.. dah malas nak pikir..

  Selama seminggu ni aku stay umah parent aku n selama seminggu ni jugalah aku jd bibik kepada ada bujang aku yg sorang ni. Tahun ni Naim berusia 4 tahun. Aku xsedar yang dia makin membesar. Tp yang buat aku sangatlah hilang sabar dengan perangai degil dia yg makin menjadi2. Selama semingu aku asyik marah2 dia je.. n yang sgt aku sesal kadang2 tangan aku naik juga kat kaki dia.

  Korang jangan salah paham ye.. aku bukanlah mendera dia tetapi aku just mau mengajar dia memandangkan teguran lembut tidak berjaya. Lagipun aku hanya memukul kakinya sahaja tidak pada anggota tubuh badan dia yang lain. Hinggakan masa aku menaip entry ni pun aku baru je tengking dia sb dia baru je melompat kat belakang aku.. punyalah sakit..

  Jangan kata aku tak sedih tiap kali aku marah dia. Kadang2 aku sendiri yang akan menangis bila aku buat mcm tu. Tp yang pasti hanya sorang je yang boleh marah dia sb bila org lain yg akan marah dia aku sendiri yang akan memarahi org tu balik walupun org tu adalah incik suami ku sendiri.. hahhahhaha.. Perangai Naim yang degil, lasak n jenis merampas barang org buatkan aku jd takut nak bawa dia kerumah saudara mara. Takut nanti dia dibenci. Tp bila pikir balik2 mmg salah kami juga dia jadi mcm ni. Dia terlalu dimanja dan setiap apa yang dia mintak kami akan tunaikan lebih2 atuknya. Macam manalah nanti bila dia nak sekolah. Aku harap dalam masa setahun ni dapatlah kami mengubah semula perangainya yg bersifat dominasi itu.

Kepada Naim, andai kata ditakdirkan satu hari nanti Naim baca entry ni, mama nak Naim tahu yang Naim adalah permata hati mama selamanya, Memarahi Naim smpai Naim menangis sebenarnya melukakan hati mama sendiri. Andai kata ditakdirkan satu hari nanti mama dikurniakan anak sendiri, Insyaallah Naim akan ttp menjadi permata hati mama.