CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Gko & Kaypee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Incik Suami & Puan Isteri

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 19, 2015

Status incik suami

Ada 1 kisah aku nak ceritakan..
Nama yang diggunakan sekadar penyedap cerita,tiada kaitan dengan yang hidup atau yang dah meningal dunia.
Gko seorang anak kampung,Disebapkan hasutan syaitan dia mencuri dan telah diberkas polis. Orang kampung menghina dan telah melabelkan gko seorang pencuri di dalam kampungnya.
Gko insaf dan berjanji dalam dirinya tidak akan membuat perkara tersebut lagi. Banyak perkara baik yang telah dilakukan beliau untuk memenangi hati orang kampung semula.
1 hari,kampung tersebut telah mengalami kecurian, tanpa usul periksa org kampung menuduh gko yang telah melakukan perkara tersebut. Walaupun gko menafikan perbuatan itu,gko terus dituduh dan dibelasah penduduk kampung,sehingga mengalami kecederaan yang serius.
Ini disebabkan STATUS yang pernah orang kampung bagi ke atas beliau (gko si pencuri)
Selesai..... Habis cerita... The end... Tamat...

p/s :Perli aku lah tuuuuuuuu

Thursday, June 18, 2015

Naim 1st Ramadhan

Naim adalah salah seorang insan yang paling teruja nak sambut puasa kononnya. Semalam bila aku sampai je rumah dari opis dia penuh bersemangat nak ajak aku dan suami pe solat terawih. 'Cepatlah mama siap, nanti lambat' katanya padahal masa tu baru je pukul 6.30 nak oii.

Balik je dia dari surau dengan muka yang letih dia bebel2 kat aku, x mo pergi lagi katanya dengan alasan  'Penatlah mama, mana ada solat banyak2 mcm tu.. kan solat paling banyak 4 rakaat je'... ALAMAK kami lupa nak xplain kat dia solat terawih tu macam mana memandangkan ni 1 st time dia join. Bukannya aku x mo bawak dia sblum ni tapi aku x mo tanggung risiko dia hilang memandangkan tahun2 sebelum ini dia masih lagi anak kecik bagiku.

Sahur pertama dia jugalah adalah satu cabaran juga bagiku memandangkan Naim ni bukan seorang yang suka sarapan pagi. Jenuhlah juga nak memujuk dia. Atuk pujuk x jalan. Papa pujuk pun x jalan last terpaksa juga guna power mama yang hebat ni. Mula2 bagilah dia minum air milo dulu memandangkan dia x mo makan. Setelah abis milo aku try lagi pujuk dia. Aku tanya dia nak makan apa.. (tengok nampak x kat situ kesungguhan aku nak dia puasa) dia boleh jawab  nak makan pizza pagi2.. wahhhhhh darah dah mula naik kat kpala aku. tp aku tahan gak sb x molah marah2 dia... akhirnya berkat kuasa memujuk dapatlah juga dia makan 3 keping sosej. Itu pun mcm nak termuntah dia.

Sebenarnya Naim xde masalah pun kalu dia x makan sahur sebab dia pun bukan suka makan sgt tapi aku x molah sampai dia sakit perut nanti memandangkan dia selalu mengadu sakit perut sebelum ni.

Oleh itu aku mintak mak aku sorok semua keropok dan makanan ringan yang ada dekat dapur tu untuk mengelakkan iman Naim tergugat.. hahhhahahh tapi x pe kalau Naim x tahan mama izinkan Naim berbuka sebab Naim dalam temoh percubaan. Mama bangga dengan Naim walaupun tujuan Naim puasa adalah sebab MERCUN... hahhaha oklah tu mama dulu puasa masa kecil2 puasa sebab duit... Atuk dulu menjanjikan 5 ringgi tuk sehari puasa tidak termasuk duit raya,, :-P


Naim 6 tahun

Hari ni genap 6 tahun umur Naim. Tanpa mama sedar dah besar dah anak mama yang sorang ni. Andai kata ditakdirkan Naim ada rezeki untuk baca blog mama ni. Mama nak Naim tahu yang semua orang sangat sayangkan Naim.

Naim lahir disaat mama dan papa tidak memerlukan antara satu sama lain lagi tetapi siapa tahu dengan kelahiran Naim juga adalah penyelamat hubungan mama dan papa yang hampir pernah kecundang dahulu. Walaupun Naim bukan ditakdirkan lahir dari zuriat mama dan papa, sayangnya kami melebihi kami menyayangi nyawa kami sendiri.

Bila Naim dah besar nanti mama nak Naim tahu yang Naim akan hadapi banyak cabaran dan dugaan hidup. Suatu hari nanti Naim akan terasa beratnya jiwa Naim ketika itu kerana menanggung beban yang teramat berat bagi mu. Ketika itu mama pohon jangan dipersalahkan sesiapa  diatas setiap kegagalan yang berlaku dalam hidup Naim. Kuatkan iman Naim ingatlah bahawa apa yang berlaku adalah dugaan dari Allah swt.

Sayang Mama
Jangan sekali Naim membenarkan fikiran pun di kuasai oleh nafsu dan hasutan syaitan kerana kesannya akan Naim tempuhi seorang diri. Ingatilah kasih sayang dari semua orang yang terlalu inginkan Naim bahagia. Naim anak istimewa kami.

Tuesday, June 16, 2015

Anak - anak syurga aku

Ku menumpangkan kasih ku pada kalian. Mengharapkan doamu buat diriku

Cahaya Ketenangan (Nur Naim)

Cahaya Ketenangan Mensyukuri (Nur Amni Syakirah)


Yang memakmurkan Berpengetahuan dan bijak (Ammar Danish)


Berpengetahuan dan bijak (Danisha Damia)

Tuesday, June 9, 2015

Happy besday Ayah

Ayah ooo ayah baru 2 ari ibu blik kg baru berasap satu rumah ayah kerjakan... Nasiblah aku trasa nakblik rumah rupanya bila buka je pintu.... dapur dah berasap.. ayah masak air pastu tertidor.. abislah cerek air ibu....jwblah ngan ibu nanti.... kalu org lain yg buat ni satu dunia ayah tempik btw Selamat Hari Jadi Ayah 




tapi ayah pandai.. seblum ibu balik dia ganti yang baru


Thursday, June 4, 2015

Toyol itu Nota Ringkas

Percaya tak.. aku baru tau istilah TOYOL bwk ke exam adalah NOTA... Mangkuk tul.. Selama ni gigih plak aku pikir yang betul2 bawak toyol yang pendek botak warna hijau tu. Imaginasi aku toyol tu tolong tiru jawapan kwn pastu tolong jawabkan.. giler bengong aku ni.

Itu pun lepas aku tnya laki aku 'Yangggg, dorang kalu bawak toyol kat exam apa je toyol tu buat? Terus laki aku yang tgh drive tu pusing pandang aku sambil terbeliak kan mata "TOYOL TU NOTA RINGKAS!!!!!!!!!

Tp x pe kat situ dah nmpk dah yang aku x pernah buat benda2 mcm tu time exam.. bdk jujurlah katakan (padahal aku x brani buat sb aku ni jenis wat salah sekali terus kantoi?