CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Gko & Kaypee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Incik Suami & Puan Isteri

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 18, 2015

Naim 6 tahun

Hari ni genap 6 tahun umur Naim. Tanpa mama sedar dah besar dah anak mama yang sorang ni. Andai kata ditakdirkan Naim ada rezeki untuk baca blog mama ni. Mama nak Naim tahu yang semua orang sangat sayangkan Naim.

Naim lahir disaat mama dan papa tidak memerlukan antara satu sama lain lagi tetapi siapa tahu dengan kelahiran Naim juga adalah penyelamat hubungan mama dan papa yang hampir pernah kecundang dahulu. Walaupun Naim bukan ditakdirkan lahir dari zuriat mama dan papa, sayangnya kami melebihi kami menyayangi nyawa kami sendiri.

Bila Naim dah besar nanti mama nak Naim tahu yang Naim akan hadapi banyak cabaran dan dugaan hidup. Suatu hari nanti Naim akan terasa beratnya jiwa Naim ketika itu kerana menanggung beban yang teramat berat bagi mu. Ketika itu mama pohon jangan dipersalahkan sesiapa  diatas setiap kegagalan yang berlaku dalam hidup Naim. Kuatkan iman Naim ingatlah bahawa apa yang berlaku adalah dugaan dari Allah swt.

Sayang Mama
Jangan sekali Naim membenarkan fikiran pun di kuasai oleh nafsu dan hasutan syaitan kerana kesannya akan Naim tempuhi seorang diri. Ingatilah kasih sayang dari semua orang yang terlalu inginkan Naim bahagia. Naim anak istimewa kami.

0 comments: