Hari ini datang kembali
Disaat aku menjadi tanggungjawabmu
Tanpa kita dapat merasainya
3 tahun berlalu begitu cepat
Terima Kasih Allah
Atas kurniaan yang kau berikan
Abadikan dia didalam hati ku
Kekalkan cintaku didalam cintanya
Kita pernah saling melukai
Kita pernah saling mengkhianati
Ya Allah ku bermohon padamu
Agar kesakitan itu tidak lagi dirasai
Kerana ikatan kita kuat
Jodoh tetap milik kita
Sepiku tidak lagi wujud
Sengsara tidak lagi muncul
Tiada sebaik baik bahasa yang mampu aku ungkapkan
Untuk mengatakan cintaku adalah kamu
Jaminan ku tidak akan berubah arah
Sehingga Allah menentukan segalanya
Selamat Ulang Tahun Wahai Suamiku.. Cintaku.. Nyawaku.. Imamku
Wednesday, October 30, 2013
Disaat Aku menerima nikahnya..
Posted by Kaypee at 12:00 AM 0 comments
Friday, October 11, 2013
Adakah dia untuk kami
Posted by Kaypee at 1:19 PM 0 comments
Monday, September 16, 2013
16 September 2013
Semperna hari jadi aku hari ini, aku mengistiharkan cuti umum kepada semua rakyat jelata yang amat aku kasihi (bajet je ayat)... Ini kali ke dua aku menyambut hari jadi sebagai isteri kepada Syiful Faiyzal. Gembira sangat kerana dia sedaya upaya berusaha untuk membuatkan hari ni hari yang special buat aku. Thanks kanda atas semua tu.. tp rasanya manusia yg paling seronok hari ni adalah Naim. Sb apa yg dia nak semua termakbul macamlah hari ni besday dia... Siap x bagi aku potong kek sb dia sendiri yg nak potong sorang2. Besday dia katanya...
Posted by Kaypee at 11:30 PM 0 comments
Tuesday, September 10, 2013
Monday, August 26, 2013
Friday, August 9, 2013
Sunday, February 17, 2013
Naim oo Naim
Selama tahun baru Cina kepada smua. Seperti tahun lepas kita org akan disuruh ambil cuti seminggu. Mula2 tu bengang gak sb kene force leave tp bila pikir2 balik bagus gak boleh aku luangkan masa with my family.. Tp xdelah smua family pun sb incik suami seperti biasa mmg takkan cuti punya.. Elehh apa nak heran kalu raya sendiri pun kene kerja apatah lagi raya org lain.. dah malas nak pikir..
Selama seminggu ni aku stay umah parent aku n selama seminggu ni jugalah aku jd bibik kepada ada bujang aku yg sorang ni. Tahun ni Naim berusia 4 tahun. Aku xsedar yang dia makin membesar. Tp yang buat aku sangatlah hilang sabar dengan perangai degil dia yg makin menjadi2. Selama semingu aku asyik marah2 dia je.. n yang sgt aku sesal kadang2 tangan aku naik juga kat kaki dia.
Korang jangan salah paham ye.. aku bukanlah mendera dia tetapi aku just mau mengajar dia memandangkan teguran lembut tidak berjaya. Lagipun aku hanya memukul kakinya sahaja tidak pada anggota tubuh badan dia yang lain. Hinggakan masa aku menaip entry ni pun aku baru je tengking dia sb dia baru je melompat kat belakang aku.. punyalah sakit..
Jangan kata aku tak sedih tiap kali aku marah dia. Kadang2 aku sendiri yang akan menangis bila aku buat mcm tu. Tp yang pasti hanya sorang je yang boleh marah dia sb bila org lain yg akan marah dia aku sendiri yang akan memarahi org tu balik walupun org tu adalah incik suami ku sendiri.. hahhahhaha.. Perangai Naim yang degil, lasak n jenis merampas barang org buatkan aku jd takut nak bawa dia kerumah saudara mara. Takut nanti dia dibenci. Tp bila pikir balik2 mmg salah kami juga dia jadi mcm ni. Dia terlalu dimanja dan setiap apa yang dia mintak kami akan tunaikan lebih2 atuknya. Macam manalah nanti bila dia nak sekolah. Aku harap dalam masa setahun ni dapatlah kami mengubah semula perangainya yg bersifat dominasi itu.
Kepada Naim, andai kata ditakdirkan satu hari nanti Naim baca entry ni, mama nak Naim tahu yang Naim adalah permata hati mama selamanya, Memarahi Naim smpai Naim menangis sebenarnya melukakan hati mama sendiri. Andai kata ditakdirkan satu hari nanti mama dikurniakan anak sendiri, Insyaallah Naim akan ttp menjadi permata hati mama.
Posted by Kaypee at 2:22 AM 0 comments