CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Gko & Kaypee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Incik Suami & Puan Isteri

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2016

Percutian ke Osaka day 1

Aku booking tiket flight 6 bulan sebelum aku berlepas ke Osaka. Masa tu AA tgh buat promosi murah giler. Memandangkan impian suami aku nak pergi sana semua sb dia pernah pergi masa bekerja dengan company event dulu, jadi rasanya tak salah kalu aku nak tunaikan impian dia tu. Lagi pun awal2 aku dah ckp ngan ni anggap je ni hadiah sekali gus aku tuk dia.. Maksud sekali gus tu adalah adiah besday anibeseri tuk 6 tahun berturut2. ahahahhh

Aku mula study perjalanan sebulan sebelum nak berlepas. Masa tu hari2 aku buka google map dan baca blog traveler lain untuk mendapatkan info. Flight aku ke Osaka pukul 3 ptg. Sebenarnya aku tersalah tengok time masa nak beli tiket tu. Sehari sebelum date yang aku pilih tu masa ke Osaka dari KL malam disebabkan tarikh tu tiket agak mahal aku penuh yakin beli tiket keesokkan harinya tanpa melihat waktu. Kadang2 sifat confident ni pun leh menyusahkan gak.. ye dok..

Aku sampai ke Kansai International Airport pada pukul 10.30 mlm waktu tempatan. Ramai je kat tempat Imegresen punyalah ramai manusia yang tengah beratur. Aku dah susah hati sempat ke nak kejar train dan bas terakhir, memandangkan kalau naik teksi confirm kene cekik darah lagi2 rate malam sangatlah mahal. Hampir satu jam jugalah aku dah suami aku beratur nak melalui imegresen. Keluar je dari pintu ketibaan aku bergegas ke Terminal Building 1 untuk ke perhentian no 12 untuk bas ke hotel yang akan aku bermalam. Perlu diingatkan ye untuk naik bas korang perlu menyediakan duit tambang yang tepat. dorang tak mau terima kalu duit besar2. Tapi jangan risau korang boleh tukar duit kertas ke duit syiling didalam bas tu tetapi hanya menerima duit kertas bernilai 1000 yen saja. Cuaca malam tu agak sejuk weh. 15' sumpah tak tipu.. aku x paham macam mana suami aku leh tahan dengan seluar pendek dia tu.. hahhahha.  Agak lama tunggu bas aku dah suami mula mengambil keputusan untuk tunggu teksi sebab yakin yang perkhidmatan bas dah tamat. pukul 12 lebih kot time weh. Kitaorg pasrah dengan bayaran yang akan kitaorg kene. Tetapi ditakdirkan ada seorang pelancong lain yang memakumkan bahawa teksi memang akan mahal dan menasihatkan kami menunggu bas. Rupanya2 ada midnight bas weh kat Osaka ni. Punya lah bersyukur kami berdua



Suami ke kaunter pertanyaan semula untuk bertanyakan bas yang perlu kami naiki. Jadi sementara menunggu bas aku dah suami menghayati cuaca yang sejuk sambil minum air coke.. Gigih minum air coke weh sb nak kan botol yang xde kat Malaysia. Korang tau tak punyalah aku teruja sb bas sampai tepat pada masa yang di inform oleh org kat kaunter information tadi..hebat siot, teruja aku dg ketepatan masa dorang ni.



Tambang bas yang perlu aku bayar untuk ke Station Izumisano adalah sebanyak 650 yen seorang yang mana giler2 punya jimat dari bajet teksi sebanyak 10000 yen ( tu anggaran je sb maybe akan lagi mahal) padahal sekejap je pun dlm masa 15 minit dah smpai.

Untuk malam pertama aku stay di Kansai First hotel sebab aku yakin sangat yang aku x kan sempat untuk ke Aparmant kami di Tennoji. Turun je dari bas aku dengan penuh bangga dan yakin tnjuk jalan untuk ke hotel sampailah suami aku puji yang kami tak sesat langsung.. Padahal sebulan weh aku study route ni









0 comments: