CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Gko & Kaypee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Incik Suami & Puan Isteri

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 19, 2009

Marah

Bila aku marah.. aku menggigil.
Mcm nak pelempang org pun ada… Tp atas dasar nasihat seseorang tu.. aku jd sejuk balik.. tanks pakcik… nasihat2 kau tu betul2 membantu aku.. aku rasa lega past bercerita pd pakcik ni walupun kadang2 pakcik ni suka wat aku sakit hati…

Sejak akhir2 ni.. aku asyik nak marah je.. dan dia yang jadi mangsa kemarahan. Sorry.. org x sengaja.. tp bila pikir2 balik.. knpa dia yang sering jd mangsa.. sb aku syg kan dia.. n bagi aku dia tmpat aku luah kan segalanya.. hahhha.. ada ke org yg pikir mcm tu.. kamu… kalu kamu baca blog ni.. kamu patut bersyukur tau .. sb bukan semua org yg dpt peluang mcm ni… x caya g tnya kwn yang lain.. penah tak dorang dpt layanan mcm ni… wahhahahhaha. Tp mcm ne pun kamu jugalah segalanya dlm idup ini.. ibarat kaulah racun kau lah penawar.. ceh ceh ceh.. ni kalu adik badik aku baca ni.. mmg kopem dorang ketawa sampi pecah usus gelak ( ada ke usus gelak)

Tp mmg betul.. sifat amarah aku yang x leh nak dikawal tu selalu sgt mkn diri aku… bila marah aku terus x leh control.. smpaikan semut lalu dpn mata aku pun aku leh marah semut tu.. hahahha .. ni mmg dah tahap gaban punya marah aku

Mungkin aku terlalu stress ngan kerja dan kehidupan aku skang ni.. smpai gugur rmbut aku memikirkan pkara2 yg x patut aku pikir. Kemudian aku jumpa satu blog yang betul2 dapat membantu aku.

~
Melalui blog yang aku baca...kemarahan merupakan emosi yang paling buruk yang perlu ditangani. Setiap kita pernah mengalami perasaan marah dan penyebab umum kemarahan termasuk frustrasi, sakit hati, kejengkelan, kekecewaan, pelecehan, dan ancaman. Hal ini membantu kita untuk menyedari bahwa kemarahan boleh menjadi teman atau boleh menjadi musuh, bergantung pada bagaimana kita mengekspresikannya.
~
Beberapa ahli (psikologi) percaya bahawa kemarahan yang ditekan merupakan penyebab yang mendasari kecemasan dan depresi. Kemarahan yang tidak terekspresikan dapat mengganggu hubungan (family, teman hidup, kawan2 dll), mempengaruhi pikiran, dan pola perilaku, juga pelbagai problem fizikal, seperti tekanan darah tinggi, gangguan jantung, kepala pusing, masalah tidur, gangguan kulit dan masalah-masalah lain yang saling terkait. Apa yang lebih buruk adalah berbahayanya kemarahan yang tak terkawal dengan kejahatan, emosi dan penganiayaan fizikal serta prilaku-prilaku kekerasan lainnya....kita pikir la sendiri!. So ini 12 tip2 menangani masalah MARAH....
1. Mengambil nafas dalam-dalam, dan menghembuskannya perlahan-lahan.
2. Berzikir dengan menyebut nama-nama Allah Yang Indah.
3. Menghentikan memikirkan hal yang membuat hati kita menjadi panas. Hal ini dapat menolong kita menghentikan kemarahan kita.
4. Letakkan diri kita di dalam “kasut” orang lain. Empati mungkin akan menambah perspektif yang berbeza. ~
5. Jagalah di dalam pikiran, bahawa kita adalah manusia, yang senantiasa melakukan kesalahan. ~
6. Pelajari bagaimana mentertawakan diri kita sendiri dan menemukan humor atau jenaka dalam berbagai situasi. ~
7. Pelajari juga bagaimana cara menjadi relaks atau santai. ~
8. Walaupun mungkin kita pernah mendengar bahawa mengekspresikan kemarahan itu lebih baik daripada memendamnya, namun ingatlah bahawa amarah yang sering dilampiaskan sering bertentangan dengan hasil yang diharapkan dan boleh membuat kita diasingkan oleh banyak orang.~9. Hal penting lainnya adalah bahawa kita perlu mempraktikkan “percaya pada orang lain”. Adalah biasa jika kita lebih mudah marah serta percaya, namun dengan mempelajari bagaimana mempercayai orang lain, kita akan dapat mengurangi amarah kita yang langsung kepada mereka. ~
10. Ketrampilan ‘mendengarkan dengan baik’ akan meningkatkan komunikasi dan dapat memfasilitasi rasa percaya di antara orang-orang. Kepercayaan ini dapat membantu kita dalam mengatasi emosi-emosi permusuhan yang berpotensi; menguranginya bahkan mungkin mengenyahkannya. ~
11. Pelajari juga bagaimana kita menegaskan diri kita sendiri. Hal ini merupakan sebuah pilihan yang konstruktif. Ketika kita menemukan diri kita marah pada seseorang, cuba jelaskan kepada mereka apa yang mengganggu kita tentang prilaku mereka dan mengapa kita mesti marah kepada mereka. Andai kita menyedari semua ini, maka kita akan merasakan bahawa hidup ini terlalu singkat, jika kita hanya selalu marah pada segala hal. ~
12. Langkah terakhir memerlukan permintaan maaf kepada orang yang kita telah marah kepadanya. Dengan membiarkan pergi kebencian dan melepaskan tujuan balas jasa atau ganti rugi, kita akan merasakan bahawa beban berat berupa kemarahan telah terangkat dari diri kita.
“Holding on to anger, resentment and hurt only gives you tense muscles, a headache and a sore jaw from clenching your teeth. Forgiveness gives you back the laughter and the lightness in your life.” - Joan Lunden, Healthy Living Magazine.
Tahanlah kemarahan...kekesalan dan rasa sakit hati kita, yang membuat otot kita tegang, sakit kepala dan segalanya. Pemberian maaf mendatangkan kembali tawa dan pencerahan dalam hidup kita. Akhir sekali renung-renungkan dan selamat beramal.

1 comments:

RIZALY said...

Cool..aku suke artikel neh...amat2 bagus sekali..^_^
ko jgn nak panas2 sgt..hehee..