Sekali lagi inck suami buat kejutan hari ini. Apa taknya, time dia jemput aku dari opis hari ni tetiba dia bagi aku satu bungkusan yang berbalut ngan surat khabar je pun. Wah punya lah gembira aku sebab rasanya tahun ni aku lum dapat apa2 hadia pun dari dia. Punyalah excited aku buka, dalam hati mmg terpikir perfume je pun. Lapisan demi lapisan yg aku buka sekali buka je tgk incik suami bagi aku Samsung Galaxy S3.. Mau x menjerit aku.
Yang paling kelaka tu, dia p jamakkan kan sekali hadiah tu sempena anibeseri kami berjumpa bulan 6 ari tu, harijadi aku bln 9 akan datang ni dengan anibeseri kawin bulan 10 nt.. hahhaha tapi x pelah.. aku sangatlah suka hadiah dia tu..
Memanglah pada mulanya aku saje2 je ckp ngan dia aku nak S3 tu.. tapi aku bajet akan dapat bila S4 muncul sb sah2lah time tu harga dia akan jatuh. kikikikiki. Sebenarnya kan aku saje je ckp kat dia pasal S3 tu sb skang ni kan tepon tu tgh femes, padahal aku x kenal pun rupa S3 tu mcm mana. Kalu aku tau arr apa yang aku mintak tu dapat aku mintak je Iphone 4 memandangkan aku mmg dah biasa ngan IPhone je sebelum ni.... kahkakahkakahk (dasar x tau untung betul)
Tapi sgtlah sweet ucapan incik suami kat kad adiah tu.. hahahaha. Sampai rasa mcm terawang2 je hati aku ni.. kahkahkah. (ayat x leh blah). Tapi mcm mana pun aku sangatlah gembira dengan hadiah kali ni.
Wednesday, July 18, 2012
Samsung S3,Incik S dan 3S nya
Posted by Kaypee at 11:54 AM 0 comments
Friday, July 13, 2012
Daughter inlaw from hell…………..
Aku dapat email ni dari makcik aku.. Semoga aku x kan jadi macam menantu aka anak hantu dalam cerita ni..
Husband : Mom called me and said she is coming tomorrow. Her train will reach by morning 4'O Clock.
Wife : What!!! She came just 4 months back only, right?. Why is she coming now again..?. Tomorrow is sunday. I thought of getting up late but your mom had to come on a sunday itself and that too morning 4'O Clock. Where will she get an auto at that time?. I will not make any warm breakfast...she will have to do with biscuits and bread. The kids will also not go to play as she spoils them by getting chocolates, toffees and pastries for them. How many days is she going to stay..????
Husband : Not my mom, your mom is coming!!!!
Wife : Wow!!...Really!!..Great mom is coming. It's been more than 2 months I have seen her. Listen na..i have the number of the auto driver...please call him and tell him to reach the station on time tomorrow morning. It's good tomorrow is sunday, i will get up early and make breakfast of upma and idli. She will get cakes and cookies for the kids and they will play and enjoy with their grandmother. Hope she stays for a fortnight.
Posted by Kaypee at 11:54 AM 0 comments
Monday, July 9, 2012
Kawan
Kawan ke itu
Kalau setiap kata diiring kutukkan
Kalau setiap langkah diteman cacian
Kalau setiap lirik dipandang serong
Arr!!! Persetankan semua itu
Aku bagai melukut ditepi gantang
dan kau... yang paling hebat.. itu kata kau
yang bodoh, hina itu aku
Hei kau!!
Berdiam tidak bermakna aku takut
menunduk tidak bermakna aku harus mengikut
Ya!!!!
Memang kau yang paling hebat
Memang betul kata kau bila kau kata
engkau yang paling sempura
Puiiiii!!!!
Kaulah kawan paling hebat yang menikam kawannya dari belakang
Kaulah kawan yang paling sempurna bila ketawa melihat kawannya terjatuh
Satu hari nanti
Iya!!!!!
Tidak banyak yang ku minta.. hanya satu hari sahaja
Kau akan terbakar dengan kehebatan kau itu
Posted by Kaypee at 5:45 PM 0 comments
Labels: Puisi Hati ini
Karam di lautan sepi
Semakin hari semakin hilang
Kaki terkaku memerhati derita
Mencari penawar entahkan datang
Memaksa aku memagar sengsara
Ribut dan badai memecah bahtera
Membiar aku bergolok bergadai
Hati dirusuk si ombak gadang
Bagai berkecai si bahtera rapuh
Berpaut aku di serpihan hati
Hidup bergolak di lautan sepi
Menanti dikau tidak kunjung tiba
Meratap kasih sekalung sengsara
Awan mendung mula menyinar
Pasir dataran mula kelihatan
Entah mengapa hati merundum
Ibarat ditoreh tiada darahnya
Posted by Kaypee at 2:30 PM 0 comments
Labels: Puisi Hati ini
Tuesday, July 3, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Tahun ke 6
Posted by Kaypee at 12:18 PM 1 comments
Monday, June 25, 2012
Bila lagi nak?
Kenduri kendara, jamuan, apa2 jelah yang melibatkan pertemuan ngan berbagai manusia ni mmg seronok. Yelah tempat untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Tp bila berada di kelompok ngan manusia yang x paham bahasa ooo maybe gak dia rasa dia dah ckup sempurna buatkan ada segelintir org yg cukup malas nak attend prjumpaan2 mcm ni.
Mungkin bagi mereka itu adalah mengambil berat. tp penah x korang ni terpikir yang soalan2 korang tu kekadang membuatkan org yg ditnya tu sedih ke, marah ke. Kalu sekadar sekali je bertnya x pe... ni tiap kali berjumpa atau terjumpa mesti nak tnya soalan yang sama. Kalu dah sehari tu 5 x terjumpa maknanya 5x lah soalan yang sama tu keluar. "BILA LAGI..... BILA LAGI .... dan BILA LAGI " Mmg nak kene mintak penamparlah kan.
Aku cukup meluat dgn org2 yang mcm ni. Jgn nak trasalah weh bila jwpan bg soalan kurang cerdik korang tu djwb dgn ayat2 yg agak kasar. Pandai lak trasa bila jd mcm tu. yg korang sebelum bertanya tu ada pikir pasal perasaan org yang ditnya.
Kepada org2 yang masih belum mampu memberikan jwpan kepada soalan2 mcm tu. bersabarlah mmg lumrah alam mcm tu. Kadang2 aku pun mcm tu gak. Cuma igtlah sikit bila satu hari nt korang dah ada jwpan bg soalan tu. jgnlah lupa diri plak akan perasaan korang tu.
Sb penah terjadi dalam kehidupan ini, dimana ada seorang yg aku sangat kenal, selalu sgt bersedih bila ditujukan soalan2 yg bermcm2. Tetapi setelah dikurniakan rezeki yang sgt diimpikan. Dia terus lupa diri. Terus jd sama mcm org2 yg dia myampah sebelum ni. Kalu dulu dia ckup menyampah dengan soalan 'KAU BILA LAGI?" tp kini soalan tu jugak yg dituju pada kwn2 yg senasib dgnnya dulu. Itulah dia ragam manusia yang x mampu kita nak elak lagi. Apa yang mampu dibuat bersabar, berdoa dan berusahalah.
Posted by Kaypee at 1:06 PM 0 comments
Thursday, June 21, 2012
Hanya AKu Cinta Kau Seorang
Kepada sesiapa yang sekarang ni sedang dalam perhubungan CINTA PLATONIK apa kata korang p tgk cerita ni. Konpem punya korang akan tersengih2 bila tgk cerita ni. Hahhahhahhahahh
Posted by Kaypee at 10:00 PM 0 comments
Friday, June 1, 2012
Pokok Halau Nyamuk
Penah dgr x pasal pokok halau nyamuk..Td masa ngah chat ngan sorang kwn aku.. dia bg tau yg dia dah beli pokok halau nyamuk. Pelik lah aku dgr nama pokok tu. Ada pulak pokok yg pandai halau2 nyamuk ni rupanya.. mula2 tu aku igt sejenis pokok yang asal ada nyamuk dtg je dia pun kibas2 kan daun dia tuk halau nyamuk tu... hahhahhaha dasar pemikiran org x bertamadun aku ni.. Oleh itu, sb kan minggu ni aku sangat lah so free.. aku pun google lah apa itu sebenarnya pkok halau nyamuk ni....
Oooo rupanya mmg wujud lah pokok ni.. Nama pokok ni POKOK JEREMIN tp org2 yang berjiwa saintis lebih senang memanggilnya PELARGONIUM RADULA ( itu pun kalu nak tau arr). Sebenarnya pokok ni sekadar pokok hiasan je tetapi di sebabkan ia mengeluarkan bau yg kuat sebijik mcm bau aerosol penyembur serangga bila disentuh, sb tulah nyamuk x suka kat pokok ni... Ler mcm tu ke.. maknanya imaginasi aku td tu salah arr kan.. hahhahha still gak nak tegakkan benang yg basah... teruk2 perangai aku ni kan
Erkk......kalu x silap aku kat umah arwah nenek aku mcm ada je pokok ni.. tu kalu x silaplah... tp rasanya still ada gak nyamuk kat umah nenek aku tu... bila dipikir2 balik aku rasa aku tau nape nyamuk still wujud kat umah tu.. sebabnya, belum sempat lah pokok ni nak menjalankan tugasnya aku ngan sepupu2 aku yg time tu masih cetik akal pikiran dah p petik daun2 ni tuk jd kan bahan masakan bila kita org main masak2.Kira bajet konon2 tu pucuk pakulah..... Isk rasa mcm menyesal lak.. kalu x mesti smpai skang xde kesan2 parut nyamuk kat kaki aku ni...
Posted by Kaypee at 11:36 AM 0 comments
Saturday, February 4, 2012
Februari datang kembali
Hari ni genap 5 tahun tarikh permulaan percintaan kami. Bermacam dugaan yang kami tempuh, Alhamdulillah apa yang berlaku mematangkan kami (matanglah sgt)
Semoga kami dapat menempuh segala ujian yang mendatang dan bahagia bersama. berharap agar cinta kami bkn sia-sia, bukan mudah untuk membina hubungan ini. xnak dengan mudah ia musnah.. cukuplah sekali kesakitan itu....
'Kisah Hati' (klik pada link ini) yang sgt membuatkan aku sentap. Mungkin juga aku pernah mengalami apa yang tersirat didlm entry tu.
030x20xx
.
.
.
070x20xx
.
.
.
.
Posted by Kaypee at 4:00 AM 0 comments
Tuesday, January 24, 2012
Ayah Jatuh Pokok
Lokasi : Serendah
Tarikh : 23 Januari 2012 ( Raya Cino lor)
Masa : Tghari kot
Punca : Jatuh Pokok Mangga ( nak tebang pokok lah kononnya)
Kesan : tulang belakang patah
Hasilnya
Ni lah dia IRON MAN Malaysia
Posted by Kaypee at 1:00 PM 0 comments