Hari ni genap 6 tahun perkenalan aku dan juga suami. Tempat pertama yang kami jumpa di Manikar
Beach Resort, Labuan. Masa tu kami sama-sama
menjadi facilitator di Cyberkids Camp.
Betullah kata orang, jangan mengejek atau membenci seseorang kelak nanti
kita akan jatuh cinta ngan dia.. hahhahha. Padan muka aku. Sebelum bertolak ke Labuan,
sebagai admin aku bertanggungjawab untuk membuat nametag bagi peserta dan juga
fc. Melihat senarai nama yang diberikan oleh lead faci aku time
tu, hanya nama incik suami je yg pelik, pe lagi mmg jadi bahan arr ngan aku. Sb
masa tu aku mmg x penah pun jumpa dia memandangkan dia adalah faci part time
yang hanya akan join kem di Sabah sahaja..
Incik suami cakap kali pertama dia nampak aku masa tu kat
tangga hotel, aku ngah bawak beg nak masuk
bilik. Tapikan sumpah aku mmg x berapa ingat time tu :-p. Yang aku ingat kali
pertama aku perasan dia masa dalam kelas time nak deco. Tp time tu x de feeling apa2 pun.
Kita menjadi semakin rapat sepanjang berada kat Labuan, tp tanpa ada apa2 perasaan
pun, time tu pun dia ada awek apa. Ada je alasan dia nak datang kat meja aku.
Nak pinjam pen lah, pinjam pisaulah. Sampai
laptop aku pun dia nak pinjam padahal bersepah2 PC yang dia boleh guna kat
dalam kelas tu.
Setahun menjalinkan
percintaan PLATONIK (klik link ni kalu nak tau apa makna cinta platonik), kami mula sedar yang kami sebenarnya mempunyai perasaan
antara satu sama lain. Tp aku takut untuk menerimanya sb aku sendiri x pasti status
hubungan dia dan awek. Ye arr biasa arr
kan, bila nak cari lain, mula lah timbul berbagai alasan. Time tu dia kata dia
mmg dah lama ada problem ngan awek dia dan dia sendiri tak tau apa status dia
memandangkan senyap mcm tu je. Tp
setelah di konpemkan sendiri oleh mak dia yang awek lama dia mmg dah bertunang senyap2 dan aku bukanlah
perampas kerana perkara ni dah terjadi sebelum aku wujud lagi. Aku mula
menerima dia.
2 tahun mengenali hati budi masing2 kami memulakan satu
langkah dengan mengambil keputusan untuk bertunang. Namun, dugaan bertunang tu
sangat kuat. Kami hampir rebah dan jatuh tersungkur namun disebabkan aku adalah
tulang rusuk suamiku maka jodoh kami kuat.
Bulan madu kami juga di Labuan. Pada mulanya kami merancang
untuk kembali ke Manikar. Tetapi atas sebab2 yang tidal dapat di elakkan kami tpaksa tukar ke hotel lain. Lautan di Labuan
itu juga lah kami mencampakkan cincin tanda persahabatan yang telah aku beri masa hari terakhir aku di
Labuan semasa Cyberkids camp dahulu. Kerana kami pernah berjanji sekiranya
persahabatan antara kami terputus cincin tu harus dipulangkan semula kepada
aku, tetapi siapa sangka persahabatan kami membawa kearah perkahwinan oleh itu kami membuat keputusan untuk
membuangkan cincin tersebut
Sepanjang 6 tahun kami mengenali antara satu sama lain,
bermacam bentuk dugaan yang kami terima, ada yg kecik yang besar pun ada. Insyaallah
kami akan berusaha untuk menghadapi semua itu bersama. Semoga jodoh antara kita
kekal sehingga selamanya.
1 comments:
Semoga hubungan kalian bahagia dan kekal selamanya.
Post a Comment